PENGENALAN

UNIT KOKURIKULUM

1.0      LATAR  BELAKANG

Tujuan utama Kementerian Pendidikan ialah untuk menghasilkan guru-guru yang cekap dan berkebolehan dalam semua bidang pembelajaran, sama ada bidang akademik mahupun bukan akademik.  Selaras dengan tujuan ini,  aspek kokurikulum telah dijadikan salah satu unsur penting dalam sistem pendidikan perguruan di Malaysia.  Justeru, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh serta melahirkan guru yang sihat dan berkeupayaan melalui konsep 'Malaysia Cergas', peluang diberi kepada pelajar dan pensyarah dalam aktiviti penyuburan diri serta sebagai persediaan menjadi seorang guru yang berkesan dalam pengendalian aktiviti kokurikulum di sekolah mahupun di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Program Gerakerja Kokurikulum  di IPG terdiri daripada 5 bidang utama iaitu:
a)    Sukan/Permainan dan Olahraga
b)    Unit Beruniform
c)    Persatuan
d)   Pengurusan Kokurikulum 
e)   Bina Insan Guru (BIG)


2.0     VISI
Latihan gerakerja kokurikulum berkualiti ke arah ketrampilan 4K iaitu Kemahiran Asas, Kemahiran Mengurus, Kepegawaian dan Kejurulatihan.

3.0     MISI
Melaksanakan aktiviti kokurikulum yang  berkesan bagi melahirkan bakal guru pelbagai kebolehan.

4.0    OBJEKTIF
  • Melatih pelajar memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk mengelolakan aktiviti kokurikulum dalam aspek 4K - Kemahiran Asas, Kemahiran Mengurus, Kepegawaian dan Kejurulatihan.
  • Membentuk sahsiah pelatih yang bersepadu melalui penglibatan secara terus dalam aktiviti yang dijalankan serta mewujudkan semangat ketahanan dan daya pemikiran yang positif dalam menghadapi cabaran dan tugas.
  • Meningkatkan prestasi pensyarah penasihat dalam menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin dan berkesan.
  • Membina sifat/sikap positif terhadap bidang tugas yang dipertanggungjawabkan serta meningkatkan sikap berdikari dan kepimpinan yang diperlukan oleh sekolah dan masyarakat.
  • Mengayakan aktiviti kokurikulum serta memperluaskan aktiviti kokurikulum mengikut kehendak masyarakat.
  • Mengemaskinikan peralatan kokurikulum yang diperlukan dari semasa ke semasa.
  • Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni, amalan demokratik, berdisiplin, taat, sikap positif, toleransi dan patriotisma.


5.0     PIAGAM  PELANGGAN

Kami pensyarah penasihat Gerak Kerja Kokurikulum  Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Selangor dengan penuh kesedaran dan dedikasi akan menjamin dan memastikan bahawa semua guru pelatih serta peserta kursus dapat: :
  • memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam aspek 4K (Kemahiran Asas, Kebolehan Mengurus, Kepegawaian dan Kejurulatihan).
  • mengembangkan potensi individu secara menyeluruh iaitu sihat dan berkeupayaan melalui konsep "Malaysia Cergas dan Yakin Boleh".
  • menyalur segala pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan kokurikulum di sekolah.
  • memiliki sifat penyayang, demokratik, berdisiplin dan bermoral tinggi.
  • memastikan kelulusan guru pelatih/peserta adalah 100% dalam semua bidang kokurikulum, dengan sekurang-kurangnya 30% mendapat gred cemerlang.
  • memastikan keselamatan guru pelatih/peserta sentiasa terjamin sepanjang masa interaksi aktiviti kokurikulum dijalankan di dalam mahupun di luar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Selangor.